Home » » Tonton Abang Sado Jemur Kain, Iris TV3 [2015]

Tonton Abang Sado Jemur Kain, Iris TV3 [2015]

Written By Unknown on 25 Nov 2015 | 1:05 am

Tonton Abang Sado Jemur Kain

Sinopsis Abang Sado Jemur Kain

Drama bersiri yang mengisahkan Marzuki (Shah Jaszle), Budin dan Riduan (Cat Farish dan Lan Siro) yang telah membuka tempat penjagaan haiwan. Satu hari, kedai haiwan Marzuki didatangi seorang wanita bangsa Cina yang kelihatan sedih mengadu kucingnya mati dan meminta bantuan Marzuki untuk tanam kucingnya. Marzuki bersimpati lalu membantu wanita itu.

Pada sebelah malam ketika dalam perjalan ke rumah, Marzuki telah terserempak dengan sekumpulan pemuda yang sedang memukul seorang lelaki. Marzuki mengenali lelaki yang dipukul itu, Idrus namanya. Marzuki cuba membantu menyelamatkanya. Menurut Idrus, budak-budak itu adalah samseng jalanan yang mencuba untuk merompaknya.

Setibanya dirumah, Marzuki disambut oleh isteri tercinta bernama Elyana (Janna Nick) dan anak lelakinya Amir. Marzuki berasa amat bertuah kerana mempunyai keluarga bahagia. Ibu mertuanya, Mariam (Kartina Aziz) juga turut menjaga kebajikan anak menantunya dengan menyediakan makan malam. Ketika mereka sedang beristirehat bersama keluarga, Marzuki dikejutkan dengan satu panggilan. Ianya adalah daripada kawannya Dino, yang sedang dalam bahaya. Marzuki bergegas keluar dari rumah untuk membantu kawannya dan ini membuatkan hati ibu mertuanya tidak tenteram.

Sebaik sahaja Marzuki hendak keluar rumah, Mariam berasa curiga terus bertanya kepada menantunya. Mariam tahu tentang kisah silam Marzuki yang merupakan bekas samseng. Marzuki berkeras menyangkal tuduhan Mariam.

Apabila berjumpa Dino, dia menceritakan kepada Marzuki yang dia telah diancam oleh sekumpulan samseng kerana tersalah mengurat wanita yang merupakan isteri kedua seorang ketua kumpulan samseng. Dino kecewa apabila Marzuki tidak dapat membantunya kerana dia telah bersara daripada menjadi samseng.

Bagaimana Dino ingin menyelamatkan diri sendiri? Adakah Dino berjaya memujuk Marzuki untuk menyelamatkannya daripada kumpulan samseng yang mengejarnya itu?

Barisan pelakon Abang Sado Jemur Kain Shah Jaszle, Janna Nick, Cat Farish, Lan Siro, Idris Khan, Ammar Alfian, Afzan, dan Kartina Aziz.

ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 7
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 8
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 9
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 10
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 11
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 12
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 13
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 14
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 15
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 16
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 17
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 18
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 19
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 20
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger