Home » » Cinta Hati Abah, Samarinda TV3 [2016]

Cinta Hati Abah, Samarinda TV3 [2016]

Written By Unknown on 1 Mar 2016 | 12:41 am

Cinta Hati Abah TV3

Sinopsis Cinta Hati Abah

Drama Cinta Hati Abah mengisahkan tentang Pak Salleh (Esma Daniel). Pak Salleh adalah seorang nelayan yang telah kematian isteri. Dia mempunyai 3 orang anak perempuan iaitu Baizura, Intan dan Zaharah.

Ketiga-tiga anak perempuan Pak Salleh ini memang bijak tetapi mempunyai perwatakan yang berbeza. Baizura adalah anak sulung Pak Salleh. Walaupun dia menjadi harapan kerana mempunyai masa depan yang cerah, Baizura agak materialistik orangnya. Baizura bercinta dengan Marzuki, anak kepada seorang usahawan keropok.

Anak kedua Pak Salleh bernama Intan. Sikapnya agak jauh berbeza dengan Baizura. Intan lebih merendah diri dan amat menyayangi ayahnya dan adiknya Zaharah.

Zaharah juga seorang anak yang pintar dan dia berjaya mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Bermacam dugaan yang akan dihadapi oleh Pak Salleh dalam membesarkan anak-anak daranya itu.

Antara pelakon lain yang turut menjayakan Cinta Hati Abah adalah Afiq Muiz, Idris Khan, Sweet Farhana, Ben Amir, Nor Albaniah, Laila Nasir, Razak Ahmad, Norzara Sophia dan Mimi Ernida.

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger