Home » » Mentor Milenia, Program Realiti TV3 [2016]

Mentor Milenia, Program Realiti TV3 [2016]

Written By Unknown on 7 Mar 2016 | 12:24 pm

Mentor Milenia TV3

Mentor Milenia’ bakal disiarkan bermula 3 Januari 2016, setiap Ahad jam 9 malam dan akan dihoskan oleh Issey Fazlisham dari kumpulan Titan dan Marsha Milan Londoh. Episod pertama memaparkan kerenah dan ragam lebih seribu peserta yang hadir ketika sesi uji bakat yang berlangsung sepanjang Disember. ‘Mentor Milenia’ dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh selaku penaja utama manakala Tonton sebagai Geng Digital dan Hot FM sebagai radio rasmi.

Selain siaran langsung setiap Ahad, jam 9 hingga 11 malam di TV3 serta siaran ulangan setiap Jumaat berikutnya jam 9.30 pagi, penonton juga turut berpeluang melihat aktiviti mentor dan protege menerusi ‘Jurnal Mentor Milenia’ yang akan disiarkan bermula 10 Januari, setiap Ahad jam 6.02 petang.

Peserta terdiri daripada Muhammad Fareez Hazwan, Nurul Amira Mat Nasir dan Iqbal Jaafar yang mewakili Hazama, Sharifah Nurilmuhayati Syed Hussain, Nur Izzati Mohd Rashid serta Siti Wan Ainnur Mohd Redzuan yang mewakili Azlan.
Akim memilih Muhammad Afeeq Farhan Zulkifli, Nur Saheeba Raja Iftikhar Ahmed Khan dan Yusmeerunafishah Yusof manakala Black pula mempertaruhkan Nurul Syazwanie Mohd Basri, Rossaidi Abdul Rani dan Ridzuan Haqiem Rusli sebagai peserta pilihan.

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger