Home » » 2000 KM Ke Al Haram, Widuri TV1 (2016)

2000 KM Ke Al Haram, Widuri TV1 (2016)

Written By Wan Tonton on 8 Feb 2017 | 11:08 pm

2000km Ke Al Haram TV1

Sinopsis 2000 KM Ke Al-Haram

Perkahwinan Salmah bersama Suhaimi tidak direstui keluarganya yang menganggap Suhaimi tidak setaraf mereka. Salmah tetap setia mencintai Shuhaimi seikhlas hati dan dikurniakan seorang anak bernama Hadi. Hidup mereka mula diuji bila Suhaimi yang telah tamat kontrak kerja dan mula mengalami masalah kewangan. Suhaimi bukan sahaja terpaksa akur dengan keputusan Salmah untuk bercerai, malah terpaksa reda apabila Salmah mahu memisahkan dirinya dengan satu-satunya anak tunggal mereka, Hadi.

Hadi yang dibesarkan oleh ibu dan bapa tirinya, mula berubah menjadi seorang yang jauh dari agama selepas balik dari London. Bapa kandung Hadi merancang untuk membawanya ke Doha dan mengerjakan umrah bersama dengan harapan Hadi berubah menjadi lebih baik. Ketika di sana, Hadi telah bertemu Iqa. Perkenalan Iqa dan Hadi sedikit sebanyak telah merubah dirinya menjadi seorang yang lebih baik.

Dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, Mia Ahmad, Iqram Dinzley, Janna Nick, Mawar Rashid, Dato Jalaludin Hassan, Liza Abdullah, Zulkifli Ismail, Marisa Yasmin, Raja Azrey, Anne Abdullah, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Ika Nabella, Laila Nasir, Amyza Aznan, Syuhaida Abraz. Drama terbitan  D'Taja Intergrated Visio Sdn Bhd arahan Harris Fadzillah. Bersiaran mulai 12 November 2016, pada setiap Sabtu dan Ahad, pukul 7.00 malam di TV1.

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger