Home » » Jejak Karmila, Zehra TV3 [2017]

Jejak Karmila, Zehra TV3 [2017]

Written By Wan Tonton on 16 Feb 2017 | 4:04 pm

Jejak Karmila

Sinopsis Jejak Karmila

Jejak Karmila adalah pembukaan setiap langkah Suraya, Nonie dan Karmila untuk bersatu kembali. Konflik demi konflik yang cuba menguji sejauh mana tahap keimanan mereka menghadapi ujian-ujian Allah SWT.  Karmila dihukum penjara 20 tahun kerana membunuh suaminya tanpa sengaja demi menyelamatkan anaknya, Suraya dan Nonie.

Apabila ada yang merana di dalam sana, yang diluar ini sedikitpun tidak mensyukuri kesenangan yang ada. Bila adik cemburukan kakak sendiri pasal lelaki bernama Syed Haikal, segala-galanya jadi kacau bilai. Si lelaki pula tamak. Yang kakak dia mahu, yang adik juga mahu disapunya. Payah-payah dia beralih pula pada gadis lain.

Konflik cinta tiga segi antara Syed Haikal dengan dua beradik itu mula pudar sebaik sahaja bongkar rahsia perhubungan Syed Hamidi dengan Karmila.

Siapakah sebenarnya Karmila?
Siapa wanita itu kepada gadis-gadis yang disukainya?
Dan yang paling penting, siapa wanita itu dengan ayahnya sendiri?

Pelakon Jejak Karmila Fauziah Ahmad Daud, Mia Ahmad, Ruhainies, Asyraf Aley, Amy Mastura, Fauziah Nawi, Wani De'fam, Nafiz Muaz, Johan As'ari, Wan Sharmila, Azri Iskandar, Duerra Mitilda.

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger